MAKLUMAT






FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia ialah usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.  Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.

VISI SK BATU 48
Bahawa sesungguhnya visi Sekolah Kebangsaan Batu 48, Dungun adalah untuk menjadi Sekolah Elit dan Berwatak serta berjaya melahirkan insan yang syumul selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjelang 2012
MISI SK BATU 48
Bahawa sesungguhnya Misi Sekolah Kebangsaan Batu 48, Dungun ialah meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan dan pelaksanaan semua program sekolah untuk melahirkan insan syumul yang berketerampilan, berilmu, beriman, berkemahiran dan bepekerti mulia bagi mencapai matlamat organisasi
 
MOTO SEKOLAH
“ ILMU BIMBINGAN HIDUP “


SLOGAN 
“ELIT DAN BERWATAK”


PIAGAM PELANGGAN
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU 48, DUNGUN 
Kami warga Sekolah Kebangsaan Batu 48, Dungun dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan :-
1.          Memberikan peluang pendidikan yang adil, mesra dan berkualiti terhadap semua kanak-kanak di sekolah tanpa mengira tahap pencapaian dan latar belakang sosial serta bangsa.
2.         Guru dan kakitangan mengamalkan amalan-amalan yang positif dalam bekerja, bertanggungjawab, tekun, pantas, gigih, teguh beriman, menepati masa dan mementingkan kualiti.
3.         Memastikan semua guru berketerampilan dan menguasai kandungan kurikulum yang terkini.
4.         Memastikan murid-murid berkemahiran, mempunyai jati diri yang tinggi, bersih, berakhlak mulia, ihsan dan sayangkan sekolah dan diberi peluang untuk memperkembangkan bakat semua bidang serta mencapai potensi diri.
5.         Melahirkan semua murid menguasai 3M, kemahiran mena’akul  cemerlang akademik, berjasa kepada ibubapa, guru,sekolah dan bangsanya dan berjaya mengangkat martabat sekolah.
6.         Memberi perhatian terhadap kebajikan dan kepentingan murid, guru dan kakitangan.
7.         Mengujudkan persekitaran yang selamat, ceria dan kondusif serta berbudaya ilmu di sekolah.
8.         Guru dan kakitangan menghulurkan perkhidmatan yang penyayang, berbudi mulia dan merendah diri.  Memberikan layanan yang mesra, cepat dan adil kepada semua pelanggan yang datang berurusan.

LAGU SEKOLAH SEK. KEB BATU  48

Sk. Batu 48
Sekolah Kebangsaan Kami
Lahirkan Anak Bangsa Mulia
Capai Wawasan Negara

Kami Tunggak Pewaris Bangsa
Berwawasan Semangat Waja
Beriman, Beramal, Berilmu
Menuju Ke Alaf Baru

BACA, TULIS, KIRA
BERAKHLAK MULIA
DISPLIN HARMONI
DASAR FALSAFAH KITA

Kami Amalkan Cogan Kata
Ilmu Bimbingan Hidup Semua
Keunggulan Dicipta Bersama
Membangun Negara Tercinta